Setelah beberapa bulan bertungkus lumus akhirnya sampai juga kemuncakkan untuk menghantar segala penat lelah aku bersama kumpulan aku "REGIA HABITAVIT" yang membawa maksud perantau di Raja.... Maklumlah kumpulan kita orang memilih tajuk "Kuala Kangsar Bandar Di Raja"... so, bila bincang-bincang nama group ada seorang nie mencadangkan nama "regia habitavit" tu sebab dah tak ada idea untuk bagi nama apa.... thank for friend yang memberi nama group walaupun kau cari nama tu dlm pak cik google translate.... hehehe....
Bermula dengan pengembaraan kami didalam dunia final project(dunia baru).... setiap ahli kumpulan telah dibahagi tugasan... dan aku telah ditugaskan untuk membuat system... rasanya mesti susahkan kalo buat sorang-sorang.... itulah yang terjadi pada aku kini.... rasa nak gila pun dah ada.... tapi sabar jela... manusia nie pandai berjanji dan pandai berkata-kata.. tapi untuk menunaikan janji tu jarang pernah tertunai... aku pun kadang2 terleka... cuma kali ini aku rasa cukup terkilan dan terasa sangat terpukul..... final project nie bukan untuk aku sorg tapi untuk semua yang terlibat dlm group nie... silalah ambil peranan masing-masing dalam menyelesaikan tugasan masing-masing....
Orang lain pun ada masalah dan hal masing-masing tapi tak ada pula sampai mengabaikan tugasan yang diberi... masalah kau nie langsung tak fikir ke apa yang kita orang semua fikir??? geramnya aku kan.... sabar aku pun ada batasannya... kau ini dah kira baik aku tak report kat lecture yang kau langsung tak buat apa2.... kalo setakat bagi pendapat je... aku pun boleh buat.... tapi masalah sekarang nie kau buat ke pendapat yang kau bagi.... system dahlah aku buat sorg-sorg bagai nak gila... nasib baik yang lain baik hati dan berperikemanusiaan untuk tolong buat system walaupun aku tahu dorg tu pening nk buat documentation..... tapi ko.... eeeee..... Ya Allah... sabarkanlah aku....
Hari adalah hari terakhir group aku untuk menyiapkan final project... aku berharap agar esok dapat kami hantar.... pada-Mu Ya Allah,aku bermohon agar Engkau permudahkan urusan ku dan sahabat2ku yang telah bertungkus lumus menyiapkan project ini... kepada dia yang tidak membuat apa2 itu... Engkau tunjukkanlah kebenaran agar kami yang lain tidak terasa teranyaia dengan perbuatannya.... sesungguhnya aku bukan seorang yang pendendam tapi aku yang ingin memberikan pengajaran buatnya agar dia sedar akan perbuatannya kepada kami.... Aminnn....