Follow by Email

Friday, July 2, 2010

Abang... Bukan Ayang Tak Bagi Kawin...

Assalamualaikum... karya ini kuciptakan khas untuk semua yang bergelar lelaki, samada bujang lagi, suami, bapa ke suami belum cukup kuota... ... dan buat renungan para wanita, isteri dan semua.. BUKAN AYANG TAK BAGI KAWIN LAGI Abang... ... Bukan ayang tak bagi kawin lagi... Tapi ayang kesian kat abang Nanti kepala abang bertambah pening lagi... Beban yang ada pun abang tak cukup fikir lagi.. Dah le abnag ada sakit migrane... kalau abang fikir nak banyak isteri... Nanti..anbang kene sakit gile lak Sapa yang susah... kan kami gak Ayang gak yang nak kene antar kad wad gile... Abang... . Bukannya abang tak layak kawin lagi.. Tapi ayang bimbang... abang tu dah le kurus kering.. Nanti takut abang kene buli dek isteri muda ... Abang gak yang bertambah kering.. Kan jadik cicak kubin... Ayang tak kenal lagi... . Abang... Bukan ayang tak tau abang belum cukupkan kouta lagi... Kan nanti anak-anak abang berderet macam keretapi Anak-anak kita pun tak cukup zat lagi... Bukannya ape... mana abang nak cekup duit nak belikan kami keretapi... mana ada tempat nak naik kereta lagi Kan abang gak yang merana nanti.. anak berderet macam keretapi... sapa nak support mereka semua nak masuk "u" nanti.. tak kan abang nak biar mereka jadik kuli macam abang Abang.. Bukan ayang tak tahu Dalam islam boleh berpoligami Ayang cukup kesian.. Abng gak nanti yang sakit hati Nak jadik adil susah sekali Takut abang yang cepat mati.. Sapa nak jaga kami... .? Abang... . Duhai cik abang sayang.. Demi kasih dan cinta ayang pada abang.. Buatlah istiharah... kuatkan iman di hati Tapi kalau dah Kehendak Yang Maha Esa Ayang nak ada "adik" lagi... ku rela ... ku redha... Abang Sayang... Demi Kebahagiaanmu suamiku yang biang keladi Moga redha Allah menjadi lembayung.. Di akhirat kelak ayang gak yang untung.. Berpayungkan emas oleh para malaikat.. Cuma ayang berpesan... Ingatlah jasa dan pengorbanan Kasih ku yang setulus ini... . Hanya untuk abang seorang.. walau abang tetap miang nak ada dua orang... 

WAhai pembaca sekalian.. Sayang , Kasih dan Cinta ku Kerana Allah Ingatlah.. Cintakan bunga... ..bunga akan layu Cintakan manusia, ia kan pergi... CINTA ALLAH membawa ke syurga... Nikmat dunia ini hanya sementara "Janganlah sampai anak-anak, isteri-isteri dan harta-harta mu menjadikan engkau lalai dan ingkar pada perintah Allah" Kepada para pembaca... Bagi kaum lelaki... jangan terhiris dengan kata-kata di atas.. Lelaki perlu menjadi pemimpin bagi kaum wanita... dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kamu kerjakan Dan ingatlah Allah itu Maha Adil... . Memang tak dinafikan siapa pun akan melenting bile dengar suami nak kawin lagi... Di sinisaya nak ingatkan... tak salah hendak berkahwin lagi.. tapi berlakulah jujur pada isteri anda.. berbincang dan berterus terang itu akan membawa kebaikan... fikirlah anak-anak anda... Inagtlah kembali semua jasa isteri anda... mereka dah banyak berkorban untuk anda... isteri anda sungguh berjasa pada anda... . fikir lah perasaan mereka jugak... anda janganlah terlalu mementingkan diri sendiri... tapi selalunya isteri sangat setia pada kamu... dan mereka sangat berharap kamu sentiasa bersama mengharungi segala suka dan duka.. kenapa... nak berkongsi lagi... kan kek tu kalau dah dipotong kecik-kecik... hanya tinggal secebis saja... 
Buat kaum wanita... kita renungkanlah... ..bagilah yang terbaik untuk suami anda... Didunia anda akan merasa merana dan tersiksa sebab berkongsi kasih.. tapi.. kita kena ingat... kasih manusia kan sementara saja... Ingatlah Kasih ALLAh kan yang kekal juga... jadi kenapa kita nak terlalu bersusah hati dengan kasih yang tidak kekal... Ingatlah Setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan... cuma kita perlu bersabar... dan berusaha mencari keredhaan Allah... ..Pasti Allah dah merencanakan sesuatu yang lebih baik dari sedikit keperitan yang kita tanggung di dunia ini... Janganlah cepat melenting bile suami nak kawin lagi. kite kene bertindak bijak... contohnya.. buat lah perjanjian... . bila suami nak kawin lagi... mitaklah dia berlaku adil dan melakukan pengorbanan sedikit untuk kita... Kan kita dah sanggup berkorban untuknya... jadik apa salahnya dia berkorban untuk kita... . contohnya... . mitaklah... supaya rumah di namakan atas nama anda... .(ini demi masa depan anak-anak), tuntut lah dia sediakan insurans pelajaran untuk setiap anak-anak... ( untuk memudah kan anak-anak nak masuk u nanti)... . dan macam-macam lagi... .Ha... jadilah wanita yang cerdik... jangan dok melenting cepat-cepat... Lagi satu... ingatlah kita akan perintah Allah dan taatlah pada suami masing-masing... sebab dah makan hati..(.tak pe hati ayam 3 ketul baru RM1 00)... jangan marah... gurau jer... Selagi suami tak melanggar perintah Alah dan tidak berbuat dosa... kita kena patuh padanya... Kalau suami melakukan zina kite lagi berdosa... ini tandanya kita tak sayang suami dan kita rela suami melanggar perintah Allah... jangan melakukan zina... kalau penzinaan yang di bolehkan daripada berpoligami ... puan tak sayangkan agama Islam.. Ingatlah... Allah tu kan MAha Pengasih lagi Maha Penyayanng... . 
Bagi para suami jangan suka mengambil kesempatan kalau dah dapat keizinan isteri... ingat tugas lelaki lagi berat... . ia akan menanggung... semua tanggungjawab terhadap semua isteri dan anak-anak... Ingatlah siksaan Allah sangat pedih... .terhadap orang yang hanya pentingkan hawa nafsu... .. Sekian seloka saya... mohon ampu dan maaf pada semua... Semoga beroleh kebahagiaan hakiki hidup di dunia dan akhirat... Sesungguhnya Allah jua yang kekal ABADI..


dari virtual friend
seorang insteri yang prihatin...

Saturday, June 19, 2010

Bintang 14 hari-kangen band

14 hari ku mencari dirimu

untuk menanyakan dimanakah dirimu

14 hari ku datangi rumahmu

agar engkau tahu tertatihku menunggumu
aku kangen sama kamu

apa kamu udah gak sayang aku
maafkanlah aku lari dari kenyataan

bukan karena aku tak punyai rasa sayang

maafkanlah aku mencoba tuk berlari

karena satu hati engkau pasti kan mengerti
* kamu pacar terbaikku

walau hanya sekejab di hatiku
reff:

mengapa hanya sekejab saja

ku merasakan indahnya dengan dirimu

mengapa hanya untaian kata

ku rasa tiada sempurna cerita cinta kita
repeat reff [2x]

Tuesday, June 1, 2010

Saturday, May 1, 2010

WANITA BIASA (kris dayanti)

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
            Kadang ku kuat setegar karang
            Kadang ku rapuh lemah liar merana
c/o maafkan aku bila hasratku keliru
     sulut gairah jiwamu
     ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cintaku
Kekasih hatiku
            Kekasih hatiku maafkan aku
            Aku wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
            Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Ulang c/o
            Maafkan aku.....

FaEdAh Ber'CaUpLe'

1)seronok(dapat fitnah)...
2) seronok(dapat dosa)...
3) seronok(dapat geng dengan syaitan)
4) dapat meluahkan segala masalah kita(Allah kan ada)...
5) banyak habis duit(lebih baik guna untuk bersedekah)... tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan...
6) banyak risau(takut awek orang lain kebas...berapa kali dan miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau...
7) banyak termenung dan senyum sendiri(pasal ingat peristiwa riang dengan awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)
8) lebih mengutamakan awek daripada orang lain(hidup dalam dunia sendiri,dia dan awek dia sahaja...yang lain dah tak kisah...)
9) menepati masa dan janji(takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...
10) lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...

Wednesday, April 28, 2010

Mencari Cinta Hakiki....

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa,ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu adalah hati,bukanlah fizikal dan ianya disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.
            Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta ia adalah kuasa tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan,begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri kerana ingin menyelamatkan,membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.
            Hukum cinta perlu dipatuhiagar maksud penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat member lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kecintaan kita kepada lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama,akhlak,kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.
            Kebiasaannya, cinta yang suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung lagi diakhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi diakhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketaqwaannya kepada Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahakan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan itu ertinya Cinta Nafsu.
            Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah. Bergantung sepenuhnya kepada allah itulah sebaik-baiknya pilihan. Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan dating silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang sabar.

Tuesday, April 20, 2010

Wednesday, March 10, 2010

cinta seorang pemuda...

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya… Cantik Betul!!! Sungguh!!! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah. Tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-mambantu di satu hari yang dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!!!
Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul……. Sungguh!!!!! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab mahu rambutnya ditutup macam iklan dot… dot… dot… itu sampai bila-bila… Tapi takut nanti dibakar dekat api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!!!

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya…. meaauuww…. ‘solid’ sungguh!!! Betul!!! Sabab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan kekasih dia Yang Pertama. Dia jaaaaauuuuuhhh lebih cantik dan berseri menhadapi-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala…. Syoknya!!!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tak tido,tak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya “ Apa ubatnya,Abang?” Saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa…. semoga dia cintakan-Nya lebih dari saya..

Saya sedih tengok dia selalu cakap macam-macam ‘makan,minum,jaga diri,pandu kereta baik-baik… nanti awak sakit saya juga yang susah hati…. bla… bla… bla…’ tapi bila tengok wayang sama-sama,terlepas asar dan maghrib begitu saja,dia tak kata satu pun. Aduh berdosanya saya Tuhan!!!

Saya memang sayang sangat… sangat… pada dia. Saya mahu jumpa dia,bersama dia,cinta-cintainya. Cinta yang abadi diduniadan berkasih sayang diakhirat. ‘Berdating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya…

Doakan kami saling ingat-menginati,insaf-menginsafi,
Ya Allah, ampunkanlah kami…
Semoga kami kekal bersama selama-lamanya,
di syurga nanti…
Aminn…

Tuesday, March 9, 2010

tentang aku kini....

Teringat dirimu selalu....

Dalam sepi ku sendiri,hanya engkau yang ku ingati...
Tapi apa daya ku,engkau telah jauh dariku...
Tak mungkin dapat ku gengam erat kasihmu sayang...
Ku merindui dirimu ketika ini....
Apakah engkau juga merindui ku...
Hatimu kini ada dia...
Insan yang sangat ku hormati...
Ingin ku undur diri agar engkau bahagia...
Tapi apakan dayaku kerana dirimu sentiasa dihatiku...
Selamanya........

Ketika dia hadir...

Kini dia hadir kembali....
Apakah dia memang milikku??
Aku keliru....
Ya Allah...
Andai aku tercipta untuknya berikanlah aku kekuatan
Berikan aku jalan untukku buat pilihan
Seandainya aku memang berkongsi kasihnya
Dengan gadis lain
Ku pasrah dengan ketentuan Mu
Tetapi andai dia milikku sendiri
Berikanlah kami jalan untuk bersama...
Ya Allah
Pada Mu ku sandarkan harapan
Moga terbuka jalan buat kami bersama...

Monday, March 8, 2010

kenapa semua terjadi kepada aku????

merintih... aku menangis... aku menatap... aku mengharap... aku meminta agar semua ini tidak terjadi... tetapi makin hari... makin terjadi... sampai bila aku harus begini... dihadapan orang aku sembunyikan apa yang aku rasa... sedangkan jiwa aku meronta... meronta memberontak... bagi aku kekuatan Ya Allah...aku tidak sanggup lagi hadapi semua ini... aku x sanggup... aku x kuat.... aku lemah....

aku hanyalah manusia biasa....

aku adalah insan yang lemah... ada kalanya aku leka dengan arus dunia... yang membawa aku kepada kealpaan... aku mengharapkan dorongan dari keluargaku dan teman-teman... tidak aku lupa kepada kebesaran-MU Ya Allah... sesungguhnya aku mengharap petunjuk-MU Allah....

Sunday, March 7, 2010

sayang

La la... ku sayang kamu...

la la memang ku cinta...
la la la la.....

Ku taruh hati ku
pada bicara tentang cinta
kau mungkin pun tahu
kata hati mu

Aku cuba menghalang
tapi ku tak terdaya kasih
namun sayang yang hadir
membawa sinar

Lena aku didalam pelukanmu
ku tak pernah rasa cintamu sebegini
bisakah terus begini
pertahankan cintaku

Kata hati jangan lepaskan cinta
kerna kita seharuslah hidup bersama
biar badai datang melanda
cinta tak akan goyang

Rasa akan tentukan
kesetian hati ini
kita terus bergini
hingga akhirnya... ohh...

Memangku cinta
ku sayang kamu

Aku cinta
ku sayang padamu..

Sunday, February 21, 2010

Wednesday, February 10, 2010

maafkan aku atas perpisahan ini...

Perangai awal remaja mesti nak berkasih… kelakar pun ada… nakal juga aku nie… aku kenal dia semasa form 1,padahal dulu masa sekolah rendah kte org satu sekolah tapi tak pnh pun berbual… sekarng dia tu jadi ketua tingkatn dlm kelas aku,aku plak Cuma murid biasa je… kenal dia pun sebab dia suka dekat girl yang dok kat sebelah aku dlm class… nak ngrat pnya pasal aku jadi pengantara…
Bosan…. penat… semua ada lah…. jadi pengantara dia je kan…
Orang gi sekolah nak study nie gi berpacar lah plak… tapi sayang girl nie tak terima cinta dia… ditolak cinta tu dalam nada yang sopan… girl tu bgthu aku yang dia “bukan aku tak suka dia tapi aku dah ada pakwe” ciannye…. nak buat macam mana dah tak ada jodoh…

Aku sebagai teman hanya bagi semangat… kami terus berkawan hingga masuk ke form 2….

Semasa difrom 2 plak… kami terus berkawan tapi biasalah dlm persahabatan msti ada salah faham.begitu juga dlm persahabatn kami… citernye mcm nie plak…. aku mula tertarik dgn sikap dia yang begitu rajin,peramah dgn guru2… dia dilantik sbg ketua pengawas sessi petang sekolah kami… besar jawatan yang dia sandang begitu juga dgn aku yang pada masa yang sama aku dilantik sebagai ketua pembimbing rakan sebaya sessi petang… kami terus berkawan hingggalah suatu hari…. aku dan rakan-rakan aku dok berbual,kami di datangi dengan seorang girl… girl nie pn bdk class kte org juga…. dia ingat berjumpa aku secara personal…. ada temujanji lah plak dah…..

Girl nie cakap pada aku…. “aku suka ………….. tu r. kau kawan baik dia kan?boleh kau tolong aku untuk rapat dengan dia tak?”aku terkesima ketika itu… tiada kata yang dapat aku ucap… hanya senyuman dan anggukan sahaja dapat ku berikan…..

Bermula kisah sedih yang membuat aku berhati-hati selepas itu…..

Berbagai cara girl tu buat untuk dapatkan dia tapi syg dia wt dono je….. cian betul lah… aku plak jadi mangsa keadaan… nak thu knp? Tak pasal2 aku dituduh ada scandal dgn dia,mengamuk girl tu sampai dtg umah aku maki-maki…. sedih betul r….. girl tu cakap aku jadi penghalang padahal aku tolong dia tapi dia tuduh mcm tu plak….

Dulu masa girl tu nk jumpa dia kan dataran kat sekolah aku yang kena ckp dia… malunya amat sangat….. macam gatai je kan…. tapi dasar tolong kawan tak fikir pun benda lain walaupun member baik dah ckp byk kali…. jangan…. jangan….

Dah la time tu mama aku sakit kat hospital kerana mgdng adik aku yang bongsu… akhirnya aku ambil keputusan putuskan persahabatan kami… aku tulis dibelakang biodata yang dia beri dulu “aku menyesal jadi kawan kau……” ayat yang takkan aku ucap lagi selepas ini…. maafkan aku teman…………

group anina

group anina