Wednesday, May 30, 2012

Luahan Hatiku Untuk Menyiapkan Final Project....

           Setelah beberapa bulan bertungkus lumus akhirnya sampai juga kemuncakkan untuk menghantar segala penat lelah aku bersama kumpulan aku "REGIA HABITAVIT" yang membawa maksud perantau di Raja.... Maklumlah kumpulan kita orang memilih tajuk "Kuala Kangsar Bandar Di Raja"... so, bila bincang-bincang nama group ada seorang nie mencadangkan nama "regia habitavit" tu sebab dah tak ada idea untuk bagi nama apa.... thank for friend yang memberi nama group walaupun kau cari nama tu dlm pak cik google translate.... hehehe....

          Bermula dengan pengembaraan kami didalam dunia final project(dunia baru).... setiap ahli kumpulan telah dibahagi tugasan... dan aku telah ditugaskan untuk membuat system... rasanya mesti susahkan kalo buat sorang-sorang.... itulah yang terjadi pada aku kini.... rasa nak gila pun dah ada.... tapi sabar jela... manusia nie pandai berjanji dan pandai berkata-kata.. tapi untuk menunaikan janji tu jarang pernah tertunai... aku pun kadang2 terleka... cuma kali ini aku rasa cukup terkilan dan terasa sangat terpukul..... final project nie bukan untuk aku sorg tapi untuk semua yang terlibat dlm group nie... silalah ambil peranan masing-masing dalam menyelesaikan tugasan masing-masing.... 

          Orang lain pun ada masalah dan hal masing-masing tapi tak ada pula sampai mengabaikan tugasan yang diberi... masalah kau nie langsung tak fikir ke apa yang kita orang semua fikir??? geramnya aku kan.... sabar aku pun ada batasannya... kau ini dah kira baik aku tak report kat lecture yang kau langsung tak buat apa2.... kalo setakat bagi pendapat je... aku pun boleh buat.... tapi masalah sekarang nie kau buat ke pendapat yang kau bagi.... system dahlah aku buat sorg-sorg bagai nak gila... nasib baik yang lain baik hati dan berperikemanusiaan untuk tolong buat system walaupun aku tahu dorg tu pening nk buat documentation..... tapi ko.... eeeee..... Ya Allah... sabarkanlah aku.... 

         Hari adalah hari terakhir group aku untuk menyiapkan final project... aku berharap agar esok dapat kami hantar.... pada-Mu Ya Allah,aku bermohon agar Engkau permudahkan urusan ku dan sahabat2ku yang telah bertungkus lumus menyiapkan project ini... kepada dia yang tidak membuat apa2 itu... Engkau tunjukkanlah kebenaran agar kami yang lain tidak terasa teranyaia dengan perbuatannya.... sesungguhnya aku bukan seorang yang pendendam tapi aku yang ingin memberikan pengajaran buatnya agar dia sedar akan perbuatannya kepada kami.... Aminnn....

Saturday, January 15, 2011

Macam Mana Wanita Menutup Aurat Anda?






KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Friday, July 2, 2010

Abang... Bukan Ayang Tak Bagi Kawin...

Assalamualaikum... karya ini kuciptakan khas untuk semua yang bergelar lelaki, samada bujang lagi, suami, bapa ke suami belum cukup kuota... ... dan buat renungan para wanita, isteri dan semua.. BUKAN AYANG TAK BAGI KAWIN LAGI Abang... ... Bukan ayang tak bagi kawin lagi... Tapi ayang kesian kat abang Nanti kepala abang bertambah pening lagi... Beban yang ada pun abang tak cukup fikir lagi.. Dah le abnag ada sakit migrane... kalau abang fikir nak banyak isteri... Nanti..anbang kene sakit gile lak Sapa yang susah... kan kami gak Ayang gak yang nak kene antar kad wad gile... Abang... . Bukannya abang tak layak kawin lagi.. Tapi ayang bimbang... abang tu dah le kurus kering.. Nanti takut abang kene buli dek isteri muda ... Abang gak yang bertambah kering.. Kan jadik cicak kubin... Ayang tak kenal lagi... . Abang... Bukan ayang tak tau abang belum cukupkan kouta lagi... Kan nanti anak-anak abang berderet macam keretapi Anak-anak kita pun tak cukup zat lagi... Bukannya ape... mana abang nak cekup duit nak belikan kami keretapi... mana ada tempat nak naik kereta lagi Kan abang gak yang merana nanti.. anak berderet macam keretapi... sapa nak support mereka semua nak masuk "u" nanti.. tak kan abang nak biar mereka jadik kuli macam abang Abang.. Bukan ayang tak tahu Dalam islam boleh berpoligami Ayang cukup kesian.. Abng gak nanti yang sakit hati Nak jadik adil susah sekali Takut abang yang cepat mati.. Sapa nak jaga kami... .? Abang... . Duhai cik abang sayang.. Demi kasih dan cinta ayang pada abang.. Buatlah istiharah... kuatkan iman di hati Tapi kalau dah Kehendak Yang Maha Esa Ayang nak ada "adik" lagi... ku rela ... ku redha... Abang Sayang... Demi Kebahagiaanmu suamiku yang biang keladi Moga redha Allah menjadi lembayung.. Di akhirat kelak ayang gak yang untung.. Berpayungkan emas oleh para malaikat.. Cuma ayang berpesan... Ingatlah jasa dan pengorbanan Kasih ku yang setulus ini... . Hanya untuk abang seorang.. walau abang tetap miang nak ada dua orang... 

WAhai pembaca sekalian.. Sayang , Kasih dan Cinta ku Kerana Allah Ingatlah.. Cintakan bunga... ..bunga akan layu Cintakan manusia, ia kan pergi... CINTA ALLAH membawa ke syurga... Nikmat dunia ini hanya sementara "Janganlah sampai anak-anak, isteri-isteri dan harta-harta mu menjadikan engkau lalai dan ingkar pada perintah Allah" Kepada para pembaca... Bagi kaum lelaki... jangan terhiris dengan kata-kata di atas.. Lelaki perlu menjadi pemimpin bagi kaum wanita... dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kamu kerjakan Dan ingatlah Allah itu Maha Adil... . Memang tak dinafikan siapa pun akan melenting bile dengar suami nak kawin lagi... Di sinisaya nak ingatkan... tak salah hendak berkahwin lagi.. tapi berlakulah jujur pada isteri anda.. berbincang dan berterus terang itu akan membawa kebaikan... fikirlah anak-anak anda... Inagtlah kembali semua jasa isteri anda... mereka dah banyak berkorban untuk anda... isteri anda sungguh berjasa pada anda... . fikir lah perasaan mereka jugak... anda janganlah terlalu mementingkan diri sendiri... tapi selalunya isteri sangat setia pada kamu... dan mereka sangat berharap kamu sentiasa bersama mengharungi segala suka dan duka.. kenapa... nak berkongsi lagi... kan kek tu kalau dah dipotong kecik-kecik... hanya tinggal secebis saja... 
Buat kaum wanita... kita renungkanlah... ..bagilah yang terbaik untuk suami anda... Didunia anda akan merasa merana dan tersiksa sebab berkongsi kasih.. tapi.. kita kena ingat... kasih manusia kan sementara saja... Ingatlah Kasih ALLAh kan yang kekal juga... jadi kenapa kita nak terlalu bersusah hati dengan kasih yang tidak kekal... Ingatlah Setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan... cuma kita perlu bersabar... dan berusaha mencari keredhaan Allah... ..Pasti Allah dah merencanakan sesuatu yang lebih baik dari sedikit keperitan yang kita tanggung di dunia ini... Janganlah cepat melenting bile suami nak kawin lagi. kite kene bertindak bijak... contohnya.. buat lah perjanjian... . bila suami nak kawin lagi... mitaklah dia berlaku adil dan melakukan pengorbanan sedikit untuk kita... Kan kita dah sanggup berkorban untuknya... jadik apa salahnya dia berkorban untuk kita... . contohnya... . mitaklah... supaya rumah di namakan atas nama anda... .(ini demi masa depan anak-anak), tuntut lah dia sediakan insurans pelajaran untuk setiap anak-anak... ( untuk memudah kan anak-anak nak masuk u nanti)... . dan macam-macam lagi... .Ha... jadilah wanita yang cerdik... jangan dok melenting cepat-cepat... Lagi satu... ingatlah kita akan perintah Allah dan taatlah pada suami masing-masing... sebab dah makan hati..(.tak pe hati ayam 3 ketul baru RM1 00)... jangan marah... gurau jer... Selagi suami tak melanggar perintah Alah dan tidak berbuat dosa... kita kena patuh padanya... Kalau suami melakukan zina kite lagi berdosa... ini tandanya kita tak sayang suami dan kita rela suami melanggar perintah Allah... jangan melakukan zina... kalau penzinaan yang di bolehkan daripada berpoligami ... puan tak sayangkan agama Islam.. Ingatlah... Allah tu kan MAha Pengasih lagi Maha Penyayanng... . 
Bagi para suami jangan suka mengambil kesempatan kalau dah dapat keizinan isteri... ingat tugas lelaki lagi berat... . ia akan menanggung... semua tanggungjawab terhadap semua isteri dan anak-anak... Ingatlah siksaan Allah sangat pedih... .terhadap orang yang hanya pentingkan hawa nafsu... .. Sekian seloka saya... mohon ampu dan maaf pada semua... Semoga beroleh kebahagiaan hakiki hidup di dunia dan akhirat... Sesungguhnya Allah jua yang kekal ABADI..


dari virtual friend
seorang insteri yang prihatin...

group anina

group anina