Wednesday, March 10, 2010

cinta seorang pemuda...

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya… Cantik Betul!!! Sungguh!!! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah. Tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-mambantu di satu hari yang dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!!!
Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul……. Sungguh!!!!! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab mahu rambutnya ditutup macam iklan dot… dot… dot… itu sampai bila-bila… Tapi takut nanti dibakar dekat api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!!!

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya…. meaauuww…. ‘solid’ sungguh!!! Betul!!! Sabab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan kekasih dia Yang Pertama. Dia jaaaaauuuuuhhh lebih cantik dan berseri menhadapi-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala…. Syoknya!!!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tak tido,tak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya “ Apa ubatnya,Abang?” Saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa…. semoga dia cintakan-Nya lebih dari saya..

Saya sedih tengok dia selalu cakap macam-macam ‘makan,minum,jaga diri,pandu kereta baik-baik… nanti awak sakit saya juga yang susah hati…. bla… bla… bla…’ tapi bila tengok wayang sama-sama,terlepas asar dan maghrib begitu saja,dia tak kata satu pun. Aduh berdosanya saya Tuhan!!!

Saya memang sayang sangat… sangat… pada dia. Saya mahu jumpa dia,bersama dia,cinta-cintainya. Cinta yang abadi diduniadan berkasih sayang diakhirat. ‘Berdating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya…

Doakan kami saling ingat-menginati,insaf-menginsafi,
Ya Allah, ampunkanlah kami…
Semoga kami kekal bersama selama-lamanya,
di syurga nanti…
Aminn…

2 comments:

  1. jalan2 guling2 kat blog ni...salam ziarah...

    untungnya gadis tu dapat pakwe macam tu... :)

    ReplyDelete

group anina

group anina